Kampung Tambirat, Asajaya diisytiharkan kawasan wabak rabies terbaharu

The rabies virus spreads through the saliva of infected animals. According to the World Health Organisation, about 99 per cent of cases of humans infected with rabies are the result of dog bites.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Mac 22: Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini mengisytiharkan Kampung Tambirat di Asajaya sebagai kawasan terbaharu wabak rabies.

Pengisytiharan kawasan wabak rabies terbaharu itu diumumkan oleh Timbalan Ketua
Menteri Sarawak merangkap Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Memandangkan kawasan ini berada di luar 10 kilometer radius kawasan yang telah diisytihar wabak rabies, maka Kampung Tambirat di Asajaya adalah merupakan kawasan wabak rabies yang ke-62,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membiarkan anjing peliharaan berkeliaran bebas.


Katanya, orang ramai juga diminta tidak membawa keluar anjing dari kawasan wabak rabies tanpa kebenaran bertulis daripada State Veterinary Authority.

“Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya di bawah Seksyen 37(2) & (3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999,” katanya. — DayakDaily