Jumlah mangsa berpandukan kapasiti 50 peratus kemampuan penuh PPS

Fatimah bertanyakan khabar mangsa banjir ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara SJK Chung Hwa, Sungai Tengah, Kuching.

KUCHING, 15 Jan: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalahnterhadvkepada Kapasiyi kemampuan PPS terbabit menampung jumlah mangsa

Menteri Kebajikkan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, keputusan untuk menentukan jumlah mangsa yang akan dipindahkan ke PPS akan berpandukan kepada kapasiti 50 kemampuan sesebuah PPS yang di buka.

“Selain berperanan untuk mengelakkan berlaku kesesakkan di setiap PPS yang dibuka, ia juga dapat membantu kita dalam mengekang penularan wabak Covid-19.


“Ini selaras dengan saranan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jawatakuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) dalam mengurus dan mengaturkan pemindahan mangsa banjir ini ke PPS,”katanya ketika di temui selepas melawat PPS Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hwa, Sungai Tengah di sini hari ini.

Beliau berkata, selaras dengan SOP terbabit, mangsa aktiviti memasak di PPS tidak lagi dilakukan seperti sebelum ini sebaliknya mangsa terlibat dibekalkan dengan makanan yang sudah dimasak terlebih dahulu.

Katanya, pembekal atau katering untuk bekalan makanan tersebut ditentukan oleh SDMC dan akan disediakan sebanyak tiga kali sehati kepada semua mangsa terlibat.

Fatimah berkata, Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu persendirian yang ingin memderma barangan keperluan kepada mangsa banjir boleh berhubung terus sama ada dengan Jawatankuasa SDMC peringkat bahagian atau daerah ataupun memberitahu terus kepada Jabatan Kebajikkan Masyarakat (JKM)

“Ini bagi membolehkan kita mengetahui siapa yang menderma, barang yang didermakan dan kemudian dapatlah kita agihkan supaya semua mangsa banjir memperoleh bantuan tersebut,”katanya.

Fatimah dalam pada itu turut berterima kasih kepada beberapa NGO dan Individu persendirian yang telah tampil dalam menghulurkan bantuan dan menderma barangan keperluan kepada mangsa banjir.

Katanya, sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat mebantu mangsa terbabit pada ketika mereka berada di PPS.

Sehingga jam 5.00 petang tadi seramai 4,413 mangsa daripada 1,171 keluarga telah dipindahkan ke PPS di empat bahagian iaitu Kuching, Samarahan ,Serian dan Miri.

Bahagian Kuching merekod jumlah mangsa paling ramai dipindahkan dengan 3,043 mangsa di tempatkan di 30 buah PPS diikuti Serian dengan 1,027 mangsa di 10 PPS, Samarahan dengan 314 mangsa di tujuh PPS dan Miri seramai 29 mangsa di dua PPS. -DayakDaily