Jualan KBBM 2021 catat nilai keseluruhan RM3.08 bln

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

KUCHING, 16 Okt: Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) pada 2021 mencatatkan nilai jualan keseluruhan bernilai RM3.08 bilion.

Menurut Caretaker Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi, ia melibatkan jumlah jualan sebanyak RM142 juta dan 1.07 juta jumlah SKU melalui ‘marketplace’.

“Manakala rekod di pelbagai rangkaian pasaraya besar, pasaraya, kedai serbaneka dan kedai sebaneka di stesen minyak pula telah mencapai jualan lebih 173 ribu SKU dan nilai jualan keseluruhan bernilai RM3.08 billion,” katanya.


Beliau berkata demikian di Majlis Penutupan Program Promosi Kraf di Publika Shopping Gallery di Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Nanta, ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dengan peningkatan trend hasil jualan ini jelas menunjukkan rakyat mula beralih ke barangan keluaran Malaysia.

Katanya, ia pastinya akan membantu dalam merangsang ekonomi domestik serta memberi manfaat kepada semua secara amnya.

“Justeru itu, bagi tahun 2022 ini, kerajaan telah meletakkan sasaran untuk dicapai iaitu peningkatan jumlah jualan sebanyak 2.5 peratus berbanding tahun lalu,” ujarnya.

Jelas Nanta lagi, KBBM telah berjaya membantu mengubah persepsi pengguna dalam negara yang dahulunya agak skeptikal dengan kualiti produk keluaran tempatan. — DayakDaily