JPJ sita lori dalam operasi di Jalan Kuching-Bau

Pemeriksaan dilakukan oleh Tuan Norizan (tengah) bersama pegawainya.
Advertisement

KUCHING, 25 Feb: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menyita sebuah lori dalam Operasi Pengarah di Jalan Kuching-Bau semalam.

Menurut kenyataan di laman Facebook JPJ Negeri Sarawak, lori tersebut dikesan melakukan beberapa kesalahan kenderaan perdagangan sehingga terpaksa disita untuk siasatan lanjut.

“Melalui operasi ini, beberapa notis ketidak patuhan peraturan jalan raya seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans telah dikeluarkan, termasuk juga menyita sebuah lori.

Advertisement

“Operasi ini turut melibatkan Unit Timbang Mudah Alih yang mengfokuskan kepada kenderaan perdagangan dan lebih muatan,” katanya.

Operasi tersebut diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa Negeri Puan Maya Morshidi.

“Peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa memastikan kenderaan digunakan mematuhi undang-undang.

“Pihak JPJ akan sentiasa melakukan penguatkuasaan secara berfokus dalam memastikan pengguna patuh kepada peraturan dan undang-undang sedia ada,” tegasnya.

Orang ramai yang ingin membuat aduan trafik juga boleh menyalurkan melalui aplikasi e-Aduan JPJ atau http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Turut sama dalam operasi tersebut ialah Pengarah JPJ Sarawak Tuan Norizan Jili. ā€” DayakDaily

Advertisement