Bajet 2023: Subsidi yuran taska beri manfaat penjawat awam wanita

Dato Seri Fatimah Abdullah

KUCHING, 25 Feb: Sistem sokongan melalui subsidi yuran taska berjumlah RM180 menerusi Bajet 2023 memanfaat penjawat awam wanita.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, syarat kelayakan penerima yang dinaikan daripada RM5,000 ke RM7,000 juga bertepatan.

“Manakala penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak akan memberi implikasi positif dengan lebih ramai kakitangan serta lebih peruntukan.


“Ini sangat diperlukan dalam usaha memberi perlindungan, pendidikan awal kanak-kanak, mengenal dan mengembang potensi kanak-kanak.

“Ia termasuk kanak-kanak berkeperluan khas, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fatimah juga mengalu-alukan bantuan kewangan bagi memantapkan National SCAM Response Centre.

Katanya, ia diharap dapat membanteras gejala SCAM yg semakin meningkat dalam kalangan komuniti.

Selain itu tambah Fatimah, potongan cukai bagi majikan yang menggaji bekas banduan, banduan parol, pelatih Sekolah Henry Gurney, pelatih institusi perlindungan dan pemulihan adalah keputusan baik.

“Ia memberi sumber pendapatan untuk membolehkan mereka berdikari, mengurang kes berulang, menyumbang kepada kadar kepulihan yang tinggi,” ujar Fatimah. — DayakDaily