KUCHING, 2 Ogos: Kenderaan barangan lebih muatan dan muatan bahaya di Jalan Stephen Yong dan Jalan Kuching-Bau diburu.
Ketua Unit Overloading (Lebih Muatan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuching Fisker Nyarang berkata pihaknya bermula hari ini melancarkan Operasi Lebih Muatan sehingga Ahad ini (7 Ogos).
“Operasi ditumpukan di Jalan Stephen Yong, Batu Kitang serta sekitar kawasan Jalan Kuching-Bau.
“Operasi mensasarkan kepada kenderaan barangan seperti lori yang membawa muatan serta muatan bahaya di laluan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, tindakan akan turut diambil terhadap kenderaan barangan yang mengubah struktur kenderaan tanpa kebenaran serta kesalahan lain di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Akta 334.
Dalam operasi tersebut sebanyak 70 buah kenderaan telah diperiksa dengan 29 notis atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan
“Operasi dijalankan seawal pagi dan berakhir lewat petang dengan menbuat rondaan dan statik di lokasi operasi,” katanya.
Operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa. — DayakDaily