Jln Puncak Borneo, Batu Kitang alami gangguan bekalan air mulai 2pm – 9pm (Nov 13)

Photo for illustration purposes only. Photo credit: Pixabay

KUCHING, 13 Nov: Pengguna di sepanjang Jalan Puncak Borneo dan Jalan Batu Kitang dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 2 petang hingga 9 malam hari ini.

Lembaga Air Kuching (LAK) menerusi satu notis berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan paip air di Jalan Batu Kitang.

Gangguan juga melibatkan kawasan SK Hardware Store, Taman Sama, Ecopark, STC Garden, Mindef, Taman Semeba dan Jalan Semaba Lorong 7.


Sepanjang tempoh ini, pengguna akan mengalami masalah tekanan air rendah serta kotor.

Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat selepas kerja penambahbaikan dan penyenggaraan siap dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air sudah distabilkan. — DayakDaily