Lawas akan mengalami gangguan bekalan air mulai esok sehingga 14 Ogos

File photo for illustration purposes

KUCHING, 9 Ogos: Seluruh daerah Lawas kecuali kawasan Punang dan Merapok akan mengalami gangguan bekalan air selama empat hari bermula esok (10 Ogos) sehingga 14 Ogos depan.

Menurut notis dikeluarkan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, gangguan terbabit akan disebabkan kerja penyelanggaran dan pembersihan pada Sedimentation Basin di Loji Wilayah Trusan 20MLD Lawas.

“Pengeluaran air pada masa tersebut adalah pada separuh kapasiti. Sesetengah kawasan akan mengalami tekanan air rendah,”menurut notis itu yang disiarkan di laman Facebook JBALB Sarawak.


Kerja penyelanggaran dan pembersihan terbabit akan dilaksanakan jabatan itu bersama pihak kontraktor mulai jam 9 pagi esok sehingga jam 5 petang pada Khamis atau 14 Ogos.

Berikutan itu, pengguna yang akan terjejas di daerah Lawas adalah dinasihatkan jabatan itu untuk menyimpan air secukupnya bagi kegunaan seharian.

Manakala bagi maklumat lanjut dan permintaan penghantaran tanker air, mereka boleh menghubungi pejabat jabatan itu di 085-283 612 pada waktu pejabat atau whatsapp +6016-7455043.-DayakDaily