JKNS anjur ‘Pink Charity Run 2022’

Medicine and healthcare. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 28 Sept: Unit Kanser Payu Dara Hospital Umum Sarawak (SGH) akan menganjurkan aktiviti ‘Pink Charity Run 2022’ bertemakan ‘Know More, Fear Less’ pada 16 Okt bertempat di sekitar Bangunan DUN Lama.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dalam kenyataan hari ini berkata, ia dianjurkan bersempena dengan kempen Kesedaran Kanser Payudara yang diraikan setiap tahun pada bulan Oktober.

Program larian yang akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Dato Sri Fatimah Abdullah terbahagi kepada 2 kategori iaitu 3km dan 5km.


“Tiga peserta terbaik lelaki dan perempuan bagi kedua-dua kategori ini akan menerima hadiah khas berbentuk kemeja t larian premium.

“Turut akan diadakan aktiviti-aktiviti sampingan lain seperti Zumba dan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik,” kata JKNS.

Dalam kenyataan itu, JPNS memberitahu kanser payu dara telah menyebabkan kadar kematian yang paling tinggi di kalangan wanita berbanding kanser-kanser lain di seluruh dunia.

Nmaun katanya, kanser ini dapat dirawat sepenuhnya jika pengesanan dilakukan di peringkat awal.

“Malangnya, masih ramai di kalangan masyarakat yang kurang pengetahuan dan kesedaran tentang kanser payudara.

“Ini terbukti apabila kadar pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan pada peringkat lewat masih tinggi iaitu 40 peratus berbanding dengan negara maju (kurang 20 peratus),” katanya.

Justeru, JKNS menjemput orang ramai untuk menyertai dan memeriahkan program larian amal ini.

Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian di laman sesawang https://pinkcharityrun.eventsarawak.com atau menghubungi talian 010-5912387 untuk sebarang pertanyaan lanjut. — DayakDaily