Jengkaut terbakar di MJC

Jengkaut yang terbakar di MJC awal pagi tadi.

Juetila Ozzy

KUCHING, 8 April: Sebuah jengkaut yang diletakkan di tepi jalan Bandar Baharu Batu Kawa (MJC), di sini dilaporkan terbakar awal pagi hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2.58 pagi.


“Sepasukan anggota dari Balai Bomba Batu Lintang diketuai Pegawai Bomba Kanan Arisa Arshad terus ke lokasi kejadian dan didapati sebuah jengkaut sedang terbakar.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.19 pagi.

“Bomba pulang ke balai selepas pemeriksaan keseluruhan pada jengkaut tersebut dan mendapati tiada unsur-unsur yang boleh menyebabkan kebakaran semula,” katanya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. — DayakDaily