Bomba tangkap ular sawa sembunyi dalam dinding tandas di Daro

Anggota bomba mengeluarkan ular sawa tersebut dari tempat kejadian.

Juetila Ozzy

DARO, 8 April: Ular sawa yang didapati sembunyi di dalam dinding menyebabkan sebuah keluarga di Kampung Masjid di sini terpaksa mendapatkan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba).

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 12.35 tengah malam, malam tadi apabila seorang daripada ahli keluarga terbabit menyedari kehadiran ular tersebut di dalam tandas rumah mereka.


Difahamkan ular tersebut kemudian memasuki celah dinding dan bersembunyi di dalamnya.

“Pasukan Bomba yang tiba di lokasi kejadian terpaksa memecah dinding bilik tandas untuk menangkap ular sawa tersebut.

“Ular yang berjaya ditangkap menggunakan penyepit itu kemudian dilepaskan ke habitat asalnya,” kata jurucakap Bomba Sarawak.

Pasukan Bomba kemudian bertolak pulang ke balai selepas keadaan disahkan selamat. — DayakDaily