JBALB: Bebarapa kawasan di Bau-Lundu alami gangguan bekalan air mulai jam 10 malam ini

Water tap valve - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 21 Sept: Beberapa kawasan di daerah Bau dan Lundu akan mengalami gangguan bekalan air pada malam ini mulai jam 10 malam hingga 4 pagi esok.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dalam satu notis kerja terancang berkata, gangguan berlaku kerana memberi laluan kepada pihak kontraktor melakukan kerja-kerja penyambungan paip bersaiz 700mm ke 1,000mm MSCL berhampiran Petronas Bau.

Kawasan yang terjejas meliputi seluruh Kampung Buso ke Sebuku, kawasan Paku, Jalan Evergreen, Taman Indah, Podam, kawasan sekitar Pasar Bau, Taman Perumahan, Kampung Jagoi, dan Kampung Krokong.


Turut terjejas adalah kawasan di sepanjang Jalan Bau ke Lundu, kawasan sekitar Kampung Sibuluh, Tondong, Selalang, Sungai Pinang, seluruh kampung di kawasan Singai ke Matang, Kampung Apar, Segong, Barieng, Jalan Badul, Jalan Kampung Atas, Kampung Tanjung Poting, Musi dan Senibong.

Justeru, JBALB menasihati pengguna untuk menyimpan bekalan air yang secukupnya untuk keperluan sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Pihak JBALB akan memastikan gangguan bekalan air dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan bekalan air akan kembali pulih secara berperingkat di kawasan yang terjejas. — DayakDaily