Jaul terima kunjungan hormat Pengarah Kastam Sarawak dan LHDNM

Jaul menerima cenderahari daripada Herman (kanan) semasa kunjungan hormat itu.

KUCHING, 2 Nov: Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Kastam Negeri Sarawak Herman Shah Abdullah di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia di sini.

Rombongan yang disertai Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia Mohammad Tinin Abdullah itu adalah kunjungan hormat pertama Herman selepas dilantik pada 7 Oktober, 2020.

Hadir sama Ketua Cawangan Korporat dan Latihan Aisah Andi Bambang.


Abang Ehsan (tiga kiri) bersama yang lain semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Jaul (tengah).

Seterusnya, Jaul turut menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Kuching.

Rombongan itu diketuai Pengarah Negeri LHDNM Sarawak Abang Ehsan Abang Abu Bakar.

Antara objektif kunjungan adalah untuk memastikan jalinan kerjasama yang lebih erat di antara LHDNM dan Kerajaan Negeri Sarawak. — DayakDaily