Jatuh sungai: Kakak-kanak perempuan ditemui lemas

Anggota APM membawa mayat mangsa ke darat.
Advertisement

KOTA SAMARAHAN, Mac 17: Misteri kehilangan seorang kanak kanak-kanak perempuan selepas terjatuh ke dalam Sungai Semawang di sini semalam akhirnya terungkai apabila dia ditemui mati lemas hari ini.

Mangsa, Sherry Jimbat, 3, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 7.30 pagi.

Pegawai Perhubungan Awam dan Dokumentasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, Left. Hafizul Samah berkata, mangsa berjaya ditemui kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan terjatuh ke dalam sungai petang semalam.

Advertisement

Menurut beliau, ketika ditemui, keadaan mayat mangsa masih dalam keadaan sempurna tanpa ada kesan lebam atau gigitan.

“Mangsa kemudian dibawa naik ke dalam bot sebelum dibawa ke Kampung Semawang untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hafizul menambah, operasi mencari dan menyelamat mangsa tersebut turut disertai pasukan bomba, polis dan penduduk kampung.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa tamat sepenuhnya pada pukul 8.30,” katanya lagi.

DayakDaily semalam melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Semawang di Kampung Semawang di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Sherry Jimbat, 3, dikatakan sedang memancing ikan di sungai tersebut bersama kakaknya Zetty Jimbat, 10.

Berdasarkan keterangan kakak mangsa, semasa kejadian, Serry dikatakan sedang mengambil bunga di tepi sungai lalu tergelincir jatuh ke dalam sungai sebelum kelibatnya terus hilang dibawa arus sungai. — DayakDaily

Advertisement