Jambatan Sungai Maong, Jambatan Sungai Maong Kiri dibaik pulih

Peta lokasi kerja-kerja baik pulih Jambatan Sungai Maong dan Jambatan Sungai Maong Kiri.

KUCHING, 4 OGOS: Pengguna jalan raya dinasihati agar sentiasa berhati-hati semasa memandu melalui Jambatan Sungai Maong dan Jambatan Sungai Maong Kiri.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerja-kerja membaik pulih kedua-dua jambatan tersebut sedang dilaksanakan pada masa sekarang.

“Kerja-kerja membaik pulih Jambatan Sungai Maong dan Jambatan Sungai Maong Kiri telah dimulakan pada Isnin, 3 Ogos dan akan selesai pada 31 Ogos depan.


“Para pengguna jalan raya dinasihati agar sentiasa berhati-hati semasa memandu di lokasi-lokasi tersebut sepanjang tempoh penyelenggaraan,”menurut kenyataan itu.

JKR juga memohon agar pengguna mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan terutamanya apabila satu lorong jalan ditutup sepenuhnya.

Dalam pada itu, pengguna digalakkan untuk menggunakan laluan-laluan alternatif yang sedia ada sehingga tamatnya kerja-kerja membaik pulih. — DayakDaily