Jambatan Durin dinaik taraf

Kerja naiktaraf Jambatan Batang Rajang atau juga dikenali ramai sebagai Jambatan Durin di Sibu dari dua lorong kepada empat lorong setakat ini sedang berjalan lancar.
Advertisement

KUCHING, 27 Dis: Kerja naiktaraf Jambatan Batang Rajang atau juga dikenali ramai sebagai Jambatan Durin di Sibu dari dua lorong kepada empat lorong setakat ini sedang berjalan lancar.

Setakat ini kerja naiktaraf terbabit sudah siap pembinaan dua abudments dan kesemua 16 piers kolumnya iaitu empat piers terbabit di sungai dan 12 piers itu di daratan.

“Hari ini, kita juga boleh melihat enam dari 18 girder tambahan telah disiapkan bagi bahagian hujung Sibu jambatan terbabit. Di sebelah bertentangan hujung Durin pula, tujuh dari 10 girders tambahan telah disiapkan,” menurut laman facebook, Pan Borneo Highway Sarawak, hari ini.

Advertisement

Menurut laman itu, pembinaan struktur tambahan jambatan terbabit yang sepanjang 1.708 kilometer itu bukan sesuatu yang mudah dan perlu mengunakan teknik pembinaan khusus bagi menyediakan juga terusan aliran pelayaran bebas dibawah jambatan.

“Dua pembukaan pelayaran itu setiap satu dengan kelebaran mendatar 110 meter dan menegak 20 meter dibawah dek jambatan akan diwujudkan. Ini dimandatkan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, yang menjadikannya sangat mencabar bagi mewujudkan ruang sepanjang dan seluas itu diatas Batang Rajang yang gaga,”menurut laman itu.

Kerja naik taraf jambatan terbabit adalah sebahagian projek Lebuhraya Pan Borneo dari jajaran dari Simpang Bintangor-Sungai Kua sepanjang 76.2 kilometer.

Ia melibatkan kerja naik taraf jalan yang ada daripada dua lorong kepada empat lorong dari Simpang Bintangor ke Simpang Julau dan dari Lapangan Terbang Sibu ke Jambatan Sungai Kua.

Pakej yang bernilai RM1.7 bilion itu turut meliputi pembinaan dua persimpangan bertingkat, 79 hentian bas, tujuh jejantas, 46 pusingan U dan satu hentian sebelah di Julau.

Jambatan Batang Rajang yang turut dikenali sebagai Jambatan Durin sepanjang 1.708km akan turut dinaik taraf kepada empat lorong untuk keselesaan pengguna jalan raya.

Pembinaan jajaran itu dijangka siap pada tahun 2020.

Advertisement