Identiti mangsa rentung dalam kemalangan di Limbang dikenalpasti

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

LIMBANG, 15 Ogos: Wanita yang ditemukan rentung dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Nanga Medamit, di sini telah dikenalpasti sebagai Doris Serudin.

Identiti mangsa berusia 50an tersebut telah dikenalpasti oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut berada di lokasi kejadian.

Pasukan Bomba telah berjaya mengeluarkan mayat mangsa dan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.


Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.44 pagi.

Berita selanjutnya di sini: https://dayakdaily.com/wanita-rentung-kereta-dipandu-terbakar-selepas-terlibat-kemalangan/

— DayakDaily