HUS cari waris pesakit jatuh bangunan

Inilah pesakit yang belum diketahui identitinya.

KUCHING, April 12: Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini kini sedang mencari ahli keluarga atau waris pesakit untuk datang ke HUS atau menghubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan HUS di talian 082-245045 dengan kadar segera.

Pesakit yang belum dikenalpasti identitinya telah dihantar ke HUS setelah jatuh daripada Tingkat 2, Bangunan di Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya di sini.

Pesakit tersebut kini ditempatkan di katil 14 di wad neurosurgeri HUS.


Laporan polis telah dibuat, namun masih tiada maklumat mengenai keluarga mangsa.

Sehingga kini, pihak HUS masih belum mengetahui identiti dan maklumat lengkap serta ahli keluarga pesakit.

Orang ramai dimohon agar memaklumkan ahli keluarga atau waris pesakit untuk menghubungi Pegawai Jabatan Kerja Sosial Perubatan HUS iaitu Rachel Lawrence Lendang di nombor talian seperti yang dinyatakan di atas. — DayakDaily