Haziq nafi beliau dalam video seks sejenis — PKR Santubong

Kelihatan Ahmad Nazib memberi penjelasan dalam 'screenshot' yang dipetik dari video yang diterbit dalam laman Facebook Sarawak Edition.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Jun 12: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Santubong Ahmad Nazib Johari berpendapat klip video lucah yang dikatakan membabitkan pemimpin kerajaan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanyalah rekaan semata-mata.

Disamping itu, tegas beliau, Muhammad Haziq Abdul Aziz yang juga kenalan beliau dalam PKR telah menafikan sekeras-kerasnya yang beliau adalah salah satu individu yang di dalam video dan yang membuat video pengakuan tersebut.


“Saya ambil pendekatan sebagai ketua cabang dan cuba hubungi Haziq.

“Dan saya mendapat respon dari saudara Haziq yang beliau menafikan sekeras-kerasnya berkenaan dengan video semalam dan pengakuan yang telah dimuat naik oleh individu yang bernama Haziq Aziz yang tak bertanggungjawab itu,” katanya.

Beliau berkata demikian di sesi temubual yang diadakan bersama Sarawak Edition hari ini.

Tidak senang dengan penjelasan itu, Ahmad menghubungi kenalan rapat Haziq yang turut bertanya soalan yang sama.

Kata Ahmad: “Saya mendapat maklumbalas dari teks beliau (kenalan) yang ada dalam simpanan saya yang menyebut saudara Haziq menafikan semua fitnah-fitnah dan video tersebut.

“Dan bila saya lihat dengan terperinci video yang tular, Haziq sangat berbeza dari apa yang lihat semasa kunjungan saya ke rumah beliau 3 hari yang lepas.

“Fizikal sangat berbeza, mimik muka dan lebih-lebih lagi dari segi badan yang mana Haziq tidaklah ‘sado’ sangat seperti beberapa bulan yang lalu,” kata Ahmad sambil menegaskan stail rambut juga berbeza.

Menurut Ahmad, Haziq adalah seorang yang cerdik-pandai dan merupakan seorang peguam yang memiliki displin tinggi, salsiah dan latarbelakang keluarga yang baik.

“Pada saya video tersebut amat kotor dan jijik dan semata-mata untuk menfitnah individu tertentu sehingga boleh menyebabkan maruah sesorang tercalar,” katanya. — DayakDaily