This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 30 Julai: Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan menyeru lebih 800 peserta Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023 di Kuching mengambil peluang menerokai keindahan Bumi Kenyalang.
Katanya, Sarawak adalah bumi yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan adat istiadat dari pelbagai kaum dan etnik.
“Kunjungilah destinasi pelancongan yang terdapat di sekitar Kuching dan kawasan lain di sekitar Sarawak.
“Untuk merasai sendiri keunikan sendiri seni bina, landskap, alam semulajadi dan budaya yang ada di Sarawak,” katanya dalam ucapan di Majlis Makan Malam Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di sini, malam ini.
Tambah Snowdan, peserta juga diseru mencuba pelbagai jenis makanan yang popular di Sarawak.
Katanya, Sarawak ada makanan popular seperti laksa, mee kolok, mee sapi, ayam pansuh, umai dan kek lapis.
Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023 diadakan mulai 31 Julai hingga 5 Ogos. — DayakDaily