Harga petrol turun, diesel naik satu sen

Harga runcit produk petroleum bagi Jan 12-18, 2019 yang disiarkan dilaman rasmi KPDNHEP.

KUCHING, 11 Jan: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 akan turun 1 sen seliter masing-masing, manakala harga diesel naik satu sen seliter bermula tengah malam ini sehingga 18 Jan depan.

Mengikut kenyataan media Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang disiarkan di laman Facebook Kementerian Kewangan Malaysia petang ini, harga runcit petrol RON 97 akan turun satu sen kepada RM2.22 seliter, manakala harga runcit RON95 turun daripada RM1.93 kepada RM1.92 seliter.

Penetapan harga runcit produk petroleum bagi minggu tersebut adalah mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Harga runcit diesel pula naik daripada RM2.04 kepada RM2.05 seliter, dengan harga runcit produk petroleum terbabit untuk tempoh 12-18 Jan, 2019. — DayakDaily