Harga mingguan petrol: RON97 naik 8 sen, RON95 dan diesel kekal

Vehicle getting refueled at a petrol station. - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 24 Mei: Harga runcit petrol RON97 akan naik 8 sen seliter, manakala harga runcit petrol RON 95 dan diesel akan kekal untuk tempoh 25-31 Mei.

Kenyataan media Kementerian Kewangan di laman sesawangnya www.treasury.gov.my hari ini mendedahkan harga runcit petrol RON 97 akan naik daripada RM2.68 seliter kepada RM2.76 seliter.

Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter dan harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Harga runcit petrol dan diesel yang disiarkan di laman Facebook Kementerian Kewangan.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM (Automatic Pricing Mechanism), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.46 seliter dan RM2.52 seliter masing-masing,” menurut kementerian.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat, ia berkata.

Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 25 Mei sehingga 31 Mei, 2019, adalah berjumlah RM126.52 juta. — DayakDaily