Hakisan tanah punca kebocoran paip utama di Jalan Miri-Bintulu

Kontraktor lebuhraya pan Borneo sedang melakukan pembaikan saluran Paip Utama yang mengalami kebocoran di Jalan Bintulu-Miri. Attachments area

KUCHING, 31 Mac: Kejadian hakisan tanah yang menyebabkan berlakunya tanah runtuh di Jalan Miri-Bintulu dikenalpasti menjadi punca kepada berlakunya kebocoran paip utama yang membekalkan air kepada penduduk di sekitar kawasan Bekenu, pesisir Bekenu, Bukit Peninjau dan Beluru Fasa 2.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dalam satu kenyataan berkata, situasi itu sekaligus menyebabkan penduduk di kawasan babit mengalami gangguan bekalan air hari ini susulan kerja-kerja baikpulih kebocoran paip utama tersebut.

“Pihak kontraktor Lebuhraya Pan Borneo telah memulakan kerja-kerja baikpulih dengan
segera dan bekalan air dijangka pulih secara berperingkat.


“Bekalan air ke kawasan yang lebih tinggi dan kawasan yang berada di titik hujung (end point) akan mengambil masa yang lebih lama untuk kembali pulih,” katanya

Jelas kenyataan itu,penghantaran bekalan air ke kawasan yang terjejas akan dilakukan oleh pihak JBALB Bahagian Miri sehingga bekalan air kembali di kawasan tersebut pulih sepenunya.

Katanya,sebarang perkembangan terkini berkenaan situasi tersebut akan dimaklumkan menerusi platform media sosial rasmi jabatan itu.

“Pihak kami berasa kesal di atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran yang tinggi daripada para pengguna,” katanya. – DayakDaily