Covid-19: 1,482 kes baru dan 7 kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUCHING, 31 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,482 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 1,480 kes tempatan dan 2 kes import.

ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 345,500 kes.


ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 14,604 kes,ā€™katanya dalam kenyataan hari ini.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 661 kes.Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 200 kes dan Sarawak sebanyak 176 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 1,070 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 329,624 kes atau 95.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 164 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU) termasuk 81 kes memerlukan bantuan pernafasan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan 7 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 1,272.

“Terdapat 7 kes kematian pada hari ini melibatkan 4 kes di Selangor, serta masing-masing 1kes di Johor, Sarawak, dan Sabah.

“Lima kes kematian melibatkan warganegara dan 2 kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,”ujar beliau.

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 7 kluster tempat kerja, 5 kluster komuniti, dan 1 kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.-DayakDaily