Oleh Brad Rantayy
MARUDI, 4 Sept: Seorang guru sekolah rendah wanita maut selepas kereta pacuan empat roda yang dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung, berhampiran Kampung Long San, kira-kira 220km dari Miri semalam.
Tiga lagi mangsa yang terselamat pada kejadian jam 4.30 petang itu termasuk seorang rakan sekerja mangsa tersebut dan pemandu kereta pacuan empat roda berkenaan.
Ketua Polis Daerah Baram (Marudi), DSP Jo Hang ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian.
Kereta yang dinaiki mangsa yang berusia 29 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam masuk ke dalam gaung berhampiran Kampung Long San.
Rakan sekerja mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan.
Jo berkata, ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan rakannya yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Lio Mato Baram dalam perjalanan pulang ke sekolah tersebut selepas tamat tempoh kuarantine di sebuah hotel di bandaraya Miri.
Mangsa tersebut kemudian disahkan meninggal dunia di klinik Long San pada 4.30 petang.
Laluan tersebut merupakan jalan balak yang mengambil masa kira-kira empat untuk sampai ke Marudi.-DayakDaily