Guru wanita ditemui mati di sebuah rumah di Sri Aman

Pasukan polis tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Oleh Juetila Ozzy

SRI AMAN, Mei 26: Seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah ditemui mati di sebuah rumah di Taman Mutiara Jalan Brayun-Sri Aman, pada hari Isnin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah bilik di dalam rumah tersebut sekitar jam 3 petang.


Jelasnya, laporan polis berhubung kejadian diterima selepas itu dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya juga, hasil siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sri Aman bagi tujuan ujian calitan Covid-19 sebelum bedah siasat dilakukan.

Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). — DayakDaily