Lelaki maut dihempap jengkaut di Bintangor

Mangsa ditemui mati dihempap jengkaut.

Oleh Juetila Ozzy

BINTANGOR, 26 Mei: Seorang lelaki maut selepas dihempap jengkaut ketika membersihkan sebuah ladang sawit di Jalan Pakan Wak, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) berkata mangsa dikenali sebagai Sia Pik Kiong berusia 42 tahun


Jelasnya, mangsa dipercayai meninggal dunia dalam kejadian kira-kira 12.00 tengah malam itu.

Sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (II) Mohamad Mahmud bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 12.15 tengah malam.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukannya terus melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian dan menjumpai mangsa di bawah sebuah jengkaut.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, mangsa bekerja membersihkan ladang tersebut dan disedari hilang oleh ahli keluarganya selepas lelaki itu tidak kembali ke rumah pada sebelah petangnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada 4.10 pagi. — DayakDaily