GPS kekal menjadi ‘kingmaker’ jika PRU mengejut diadakan – Awang Azman

Dr Awang Azman Awang Pawi
Advertisement

Oleh Peter Sibon

KUCHING, 13 Jun: Jika pilihan raya umum (PRU) mengejut diadakan, ia akan mengutungkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana pihak bertelagah di Semenanjung Malaysia tidak akan berjaya mencapai kata sepakat, kata penganalisa politik Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Sehubungan itu, jelasnya GPS akan kekal menjadi ‘kingmaker’ jika pilihanraya umum mengejut diadakan.

Advertisement

“Sudah pasti GPS akan menjadi ‘kingmaker’ sekali lagi dan tertakluk kepada tawaran terbaik untuk Sarawak dan GPS itu sendiri,” kata Awang Azman ketika dihubungi DayakDaily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu laporan Straits Times (ST) Singapura yang memetik sumber, bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga presiden Bersatu, telah bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya mengejut paling awal tahun ini.

Laporan ST tersebut menggambarkan pertagahan kuasa yang terus memuncak sekarang dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkali-kali akan mungusulkan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dalam persidangan Parliamen akan datang.

Justeru kata Awang Azman, ramai pemerhati politik tidak terkejut dengan laporan ST tersebut kerana tahu kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri memang sudah lemah dan tidak berdaya saing untuk Bersatu menang besar jika parlimen bubarkan.

Tambah Awang Azman, berita tersebut mungkin juga sebagai salah satu ‘psywar’ Muhyiddin berdepan dengan Tun Mahathir khususnya, yang mahu buat undi titak percaya tapi seolah mahu elak bubar parlimen.

“Jika ini berlaku, sudah pasti cita-cita Mahathir untuk jadi perdana menteri kali ketiga akan terkubur,” katanya.

Jelas Awang Azman, Muhyiddin juga tahu risiko jika pilihan raya diadakan kerana Umno mempunyai peluang yang cerah mandapat mandat rakyat untuk kembali berkuasa.

“Dan (ketua) Umno mungkin menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum mengejut. Oleh itu beliau (Muhyiddin) mungkin tidak akan membubarkan Parliamen dan membiarkan kedua-dua pihak berputih mata asalkan Mahathir tidak berjaya menjadi perdana menteri kali ketiga,” ujar Awang Azman.

Dalam pada itu Awang Azman berpendapat bahawa Muhyiddin tidak akan membubarkan Parliamen kerana pilihan raya mengejut tidak akan menyesaikan semua masalah kerana  keputusan akan hampir sama dan boleh sebabkan ‘hung’ Parliamen.

“Ini akan menyebabkan tawar-menawar dan lompat parti terus berlaku kerana ganjaran wang, kuasa seperti tawaran kabinet dan jawatan GLC.

“Hakikatnya sukar Bersatu menang, jika ia bertanding 50 kerusi sekalipun, untuk menang lima kerusi pun cukup baik dah kerana tak ada akar umbi dan cuma harapkan politik personaliti yang semakin tipis,” katanya.

Jelas Awang Azman lagi bahawa UMNO dan PAS sudah pasti tidak akan mahu berkompromi dengan Bersatu sebab ramai akar umbi sudah marah kepada Bersatu yang telah memecah dan perlekeh Umno pada PRU lepas.

“Umno anggap Bersatu sekadar parti serpihan umpama ular lidi hendak menjadi naga. Tapi kalau Muhyiddin tidak bertegas sedemikian, maka beliau akan terus diperlekeh oleh Mahathir,” tambah Awang Azman.

Kini Bersatu pimpinan Muhyiddin merupakan parti kerdil dalam Perikatan Nasional yang dianggotai oleh Umno/Barisan Nasional (BN), PAS dan disokong oleh GPS yang mempunyai 18 kerusi Parliamen. —DayakDaily.

Advertisement