Gempar mayat ditemui terapung di Tanjung Maling

Anggota APM melakukan operasi mengangkat mayat mangsa.
Advertisement

Oleh Dean Adam

SIBU, Feb 5: Orang awam yang berada di tebingan Tanjung Maling menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di sungai berkenaan hari ini.

Panik menemui mayat lelaki berkenaan, orang awam kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat berkenaan pada pukul 8.31 pagi.

Jelasnya, sepasukan anggota APM Sibu kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk tindakan selanjutnya.

Anggota polis dan APM melakukan siasatan awal di lokasi penemuan mayat seorang lelaki.

“Pasukan polis turut berada di lokasi kejadian untuk melakukan siasatan awal. Siasatan awal mendapati mangsa bukan warga negara berdasarkan tiada suntikan vaksin BCG pada lengannya,” katanya di sini hari.

Jurucakap sama menambah, mayat mangsa kemudian dibawa hospital untuk tindakan susulan.

“Operasi itu tamat sepenuhnya pada pukul 11.49 pagi,” katanya. — DayakDaily

Advertisement