Gelanggang serbaguna dibina di Emperan Datuk, Ulu Jalau

Kelihatan Mawan (empat dari kanan) ketika lawatan ke tapak projek di Emperan Datuk, Sungai Pinang di Ulu Julau.

KUCHING, 22 Sept: Penduduk di sekitar kawasan Ulu Julau bakal menikmati kemudahan sukan apabila terbinanya sebuah gelanggang serbaguna di Emperan Datuk, Sungai Pinang.

ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom berkata, pembinaan gelanggang tersebut menggunakan peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2020 dengan kos RM200,000.

“Gelanggang serbaguna ini akan dapat digunakan penduduk sekitar kawasan yang terdiri daripada sekurang-kurangya 10 buah rumah panjang.


“Kemudahan rangkaian jalan raya yang baik akan memudahkan penduduk sekitar menggunakan gelanggang ini,” katanya pada majlis ringkas penyerahan tapak projek pada Isnin (21 Sept) lepas.

Menurut Mawan lagi, kerja-kerja pembinaan gelanggang akan dimulakan dalam masa terdekat.

“Saya berharap agar kerja-kerja pembinaan gelanggang berjalan dengan lancar dan menepati kualiti dan spesifikasi ditetapkan,” katanya. — DayakDaily