Gara-gara mengugut teman lelaki dengan parang seorang janda ditahan

Suspek wanita (tiga dari kiri) ditahan untuk siasatan lanjut.

Oieh Brad Rantayy

MIRI, 15 Mei: Gara-gara mengugut teman lelakinya menggunakan sebilah parang, seorang janda anak satu ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Suspek ditahan sekitar jam 9.10 malam susulan satu laporan polis yang dibuat oleh mangsa berhubung kejadian itu.

Difahamkan pertengkaran telah berlaku pada awal bulan lepas (4 April), diantara suspek wanita berusia 26 tahun itu sekitar jam 3 petang di sebuah rumah di Tudan fasa 6 di sini.

Semasa pertengkaran tersebut, suspek merupakan janda anak satu itu dikatakan telah mengugut mangsa menggunakan sebilah.

Kerana takut akan dicederakan, mangsa telah cabut lari.

Siasatan awal mendapati, pertelingkahan tersebut dipercayai berlaku gara-gara keluarga wanita terbabit mengecam mangsa kerana tidak bekerja.

Kutukan itu telah menguris hati mangsa yang kemudianya datang bertemu dengan suspek pada malam satu Syawal, yang kemudian telah mencetus pergaduhan antara pasangan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Sabri Zainol mengesahkan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. — DayakDaily