Gara-gara main api, dinding rumah terbakar

Bahagian dinding rumah yang terbakar.

KUCHING, Mac 30: Gara-gara main api di luar rumah, sebuah keluarga hampir kehilangan rumah mereka dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Siol Kandis di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu telah mengakibatkan dinding rumah jenis papan telah terbakar separuh.

Bagaimanapun, kebakaran tersebut tidak melibatkan keseluruhan struktur rumah terbabit.

Sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.34 petang.

Api berjaya dipadamkan oleh pemilik rumah sebelum pihak bbomba sampai.


Kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan pada mangsa. — DayakDaily