This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 30 Ogos: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memperkenalkan borang Cukai Pegangan secara elektronik (e-WHT) mulai 1 Januari 2023.
HASiL dalam kenyataan hari ini berkata, ia bagi memudahkan pembayaran Cukai Pegangan.
“e-WHT ini merupakan salah satu e-Perkhidmatan Percukaian yang diwajibkan penggunaannya secara dalam talian mulai 1 September 2023 secara berperingkat,” katanya.
Menurut kenyataan itu, Pembayaran Cukai Pegangan menerusi e-WHT akan menggunakan Nombor Bil sebagai rujukan bayaran yang boleh dibuat melalui kaedah FPX di Portal Bayaran HASiL (ByrHASiL).
Atau boleh dicapai di Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my.
eWHT juga membolehkan bukti penerimaan bayaran terus dikeluarkan dan data diterima secara terus oleh HASiL sebaik sahaja bayaran dilakukan.
“Pembayar cukai yang ingin membuat bayaran Cukai Pegangan melalui e-WHT perlu mengakses sistem tersebut dengan log masuk terlebih dahulu menggunakan maklumat pengenalan (ID) MyTax untuk capaian di Perkhidmatan ezHasil > eWHT.
” Nombor Bil akan dijana secara automatik setelah borang berjaya dihantar dalam talian dengan maklumat yang lengkap,” kata HASiL. — DayakDaily