Empat PPS ditutup, jumlah mangsa banjir catat penurunan

Banjir Gambarfail

KUCHING, 6 Feb: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) banjir menunjukkan penurunan setakat jam 5.00 petang tadi dengan 934 mangsa masih ditempatak di PPS terlibat.

Ketua Sejratarian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, empat PPS telah diistyharkan tutup hari ini selepas keadaan banjir di kawasan terlibat mulai reda menjadikan hanya 11 PPS masih beroperasi ketika ini.

“PPS Dewan Suarah Kota Samarahan ditutup jam 10.20 pagi tadi manakala tiga lagi PPS iaitu PPS Dewan Sukan Tatau, Bintulu, PPS Dewan Kampung Lintang Baru dan PPS Balai Raya Kampung Betong Kanowit di Serian diisytiharkan tutup pada jam 2.00 petang tadi,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata, daerah Serian kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dipindahkan dengan seramai 701 mangsa daripada 234 keluarga dipindahkan di sembilan PPS di daerah terbabit.

Katanya, setakat 5.00 petang tadi seramai 218 mangsa daripada 74 telah dipindahkan di daerah Simunjan dan ditempatkan di empat PPS di daerah itu sementara 15 mangsa dari 5 keluarga lagi dipindahkan ke satu PPS di daerah Samarahan.

“Kita mengjangkakan akan terdapat pertambahan mangsa di satu PPS di daerah Simunjan iaitu di PPS Dewan Kampung Entangor, Sebuyau manakala PPS Masjid Kampung Seruyuk, Sebuyau dijangkan akan menampakkan penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan.

“Ketika ini seramai 40 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kampung Entangor Sebuyau sementara PPS Masjid Kampung Seruyuk, Sebuyau pula menenpatkan 56 mangsa daripada 14 keluarga,” katanya. – DayakDaily