Kerajaan Sarawak bantu mangsa banjir di Semenanjung

A file photo of the Sarawak State Legislative Assembly building.

KUCHING, 10 Jan: Kerajaan Sarawak menghulurkan sumbangan barangan makanan dan keperluan asas bernilai RM17,200 kepada 86 keluarga terdiri daripada rakyat Sarawak di Selangor.

Ia khusus kepada yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda Semenanjung penghujung Disember tahun lalu.

Sumbangan Kerajaan Sarawak itu dihulurkan melalui Rumah Sarawak dan Sarawak Volunteer kepada mangsa bencana banjir yang tinggal di Sri Muda, Shah Alam serta di Klang, Balakong, Dengkil dan Cheras.


Kumpulan pertama 68 keluarga telah menerima bantuan pada 24 Disember tahun lalu, manakala kumpulan kedua terdiri daripada 18 keluarga menerima bantuan pada 28 Disember lalu.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur (PSKL), Awang Supian Awang Daud. ― DayakDaily