Empat ditangkap leka berjudi di pasar ayam Bau

Suspek semasa ditahan dalam serbuan tersebut

BAU, 14 Feb: Empat individu termasuk dua wanita ditangkap kerana leka berjudi di pasar ayam Jalan Temenggong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata pihaknya melakukan serbuan selepas mendapat laporan berhubung kejadian pada jam 10.30 malam.

“Pasukan operasi terus melakukan serbuan dan berjaya menahan dua lelaki dan dua wanita yang sedang leka berjudi jenis ‘black jack’, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Poge menambah pihaknya turut merampas pelbagai sejumlah wang tunai dan peralatan perjudian.

Suspek dan barang rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah Sekeyan 7(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM 50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun,” kata Poge. — DayakDaily