Empat calon PBDSB tarik diri

Rapelson Richard Hamit
Advertisement

KUCHING, 6 Dis: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) hari ini mengesahkan empat daripada 14 calonnya menarik diri daripada bertanding pada Pilihanraya Negeri (PRN) kali ini.

Naib Presiden PBDSB Rapelson Richard Hamit ketika dihubungi berkata, empat calon tersebut ialah Pok Ungkut di DUN Balai Ringin, Ignatius Juseph Bunsuan (Batu Danau), Lingga Atok (Gedong) and Michael Empaling (Bukit Semuja).

Katanya, parti masih belum lagi dimaklumkan sebab-sebab mereka tidak hadir di pusat penamatan calon masing-masing.

Advertisement

“Saya masih tidak tahu sebab-sebab mereka menarik diri daripada bertanding setelah mereka menerima watikah daripada PBDSB.

“Keempat-empat mereka masih belum menghubungi saya,” kata Rapelson.

Sementara itu, calon PBDSB yang lain telah hadir ke pusat penamaan calon masing-masing untuk menyerahkan borang pencalonan.

Sebelas calon yang sah bertanding ialah presiden Bobby William yang akan bertanding di Senadin, Setiausaha Agung Julius Enchana Jasper (Dudong), Bendahari Sai Malaka (Katibas), Baba Emperan (Samalaju).

Entusa Iman (Bukit Begunan), Kenneth Adan Silek (Murum), Leo Bunsu (Ngemah), Moses Ripai (Pelagus), Robert Saweng (Bukit Goram), Saini Kakong (Opar) and Sawing Kedit (Marudi). — DayakDaily

Advertisement