Dua sahabat diberkas kerana memiliki dadah

Beg silang suspek lelaki bersama dadah dirampas untuk siasatan lanjut.

KUCHING, 19 Nov: Dua sahabat dicekup polis kerana disyaki terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu operasi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki berusia 30 tahun dan wanita berusia 25 tahun ditangkap dalam satu serbuan di Jalan Kuching By Pass BDC, Stampin pada jam 10 pagi.

Katanya, mereka ditangkap selepas didapati memiliki dadah jenis syabu sebanyak kira-kira 7.43 gram.

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek lelaki menjumpai satu paket plastik yang didalamnya terdapat (11) paket plastik berwarna kemerahan, (2) paket plastik berwarna biru dan (1) paket plastik lutsinar berisi ketulan jernih disyaki dadah jenis syabu di dalam beg silang yang dipakai suspek,” katanya.

Kedua-dua suspek kemudian ditangkap di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jelasnya, jika disabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali.

“Ujian saringan awal ke atas suspek lelaki didapati positif dadah amphetamine, manakala suspek wanita negatif dadah.

“Suspek wanita mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah, manakala suspek lelaki tidak mempunyai rekod lampau,” kata Ahsmon. ā€” DayakDaily