Nelayan terjatuh ketika memukat ditemui lemas

Mayat mangsa dibawa ke kawasan tempat meletak perahu berhampiran Kampung Nelayan Batu Satu Kuala Baram.

By Brad Rantayy

MIRI, 19 Nov: Mayat seorang nelayan yang dipercayai terjatuh ketika menarik pukat di laut Batu Satu Jalan Lutong-Kuala Baram di sini ditemui awal pagi tadi.

Penemuan dilakukan beberapa nelayan dari kawasan terbabit sekitar jam 9 pagi tadi.

Advertisement

Dipercayai mangsa telah terjatuh dari botnya ketika sedang menarik pukat.

Mayat telah dibawa ke kawasan bot Kampung Nelayan Batu Satu sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Matassan Mohammad berusia dalam lewat 60-an , dari Kampung Pulau Melayu, telah turun ke laut di Batu Satu untuk menangkap ikan seperti kebiasaan rutinnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menunggu laporan kejadian. — DayakDaily

Advertisement