Dua premis judi dalam talian diserbu IPD Padawan

Kedua-dua suspek yang ditangkap untuk siasatan lanjut.

KUCHING, 8 Jun: Dua individu ditangkap dalam dua serbuan berasingan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata serbuan telah dilakukan di dua premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian dalam talian (‘online’) di Kuching City Mall sekitar jam 4 petang.

Jelasnya, kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki warga Indonesia dan seorang wanita tempatan yang dipercayai bekerja sebagai penjual judi online.


Pasukan serbuan turut merampas sejumlah wang tunai dan telefon bimbit.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Tangkapan dibawa ke Balai Polis Beratok fan Balai Polis Siburan bagi melengkapkan siasatan polis. — DayakDaily