Dua PPS dibuka di daerah Subis bagi menempatkan 22 mangsa banjir setakat jam 8 pagi ini

Anggota Angkatan Pertahanan Awan Miri (APM) melakukan pemantau banjir di Kampung Dagang Sepupok.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 11 Okt: Seramai 22 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Bahagian Miri pagi Isnin (10 Oktober) setelah kediaman mereka dilandar banjir kilat susulan hujan lebat sejak Ahad.

Menurut laporan sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, kesemua mangsa adalah daripada enam keluarga dari Subis.

Advertisement

Dua PPS tersebut dibuka di Dewan Masyarakat Sepupoh Niah dan Dewan Masyarakat Bekenu.

PPS Dewan Masyarakat Sepupok Niah dibuka pada Isnin (10 Oktober) pada jam 11.30 pagi bagi menempatkan empat mangsa banjir dari dua keluarga setelah kediaman mereka di Kampung Dagang Sepupok Niah dinaiki air susulan hujan lebat yang turun sejak pagi Ahad (9 Oktober).

Sementara itu, PPS di Dewan Masyarakat Bekenu mula dibuka pada malam Isnin (10 Oktober) bagi menempatkan 18 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Jenggalas dan Kampung Dagang Bekenu.

Difahamkan, kediaman mangsa di kedua-dua buah kampung tersebut dinaiki air pada Ahad (9 Okt) akibat hujan lebat. — DayakDaily

Advertisement