Dua pemuda ditahan polis, disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Lambir

Kelihatan salah seorang suspek (baju kuning) ditahan pihak polis pada Selasa (21 Sept 2021) untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 22 Sept: Penahanan dua lelaki warga tempatan semalam membawa kepada penemuan sebuah tong gas memasak dan sebuah televisyen ‘flatscreen’ yang disyaki telah dicuri dari sebuah rumah di Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir.

Difahamkan kejadian disedari pemilik rumah pada 6 September lalu selepas mendapati pintu rumahnya telah rosak diumpil.


Sebuah televsiyen ‘flatcreen’ dan tong gas memasak berwarna hijau di dalam rumah mangsa di dapati telah hilang dalam kejadian.

Kerugian dianggarkan bernilai RM800.

Susulan kejadian, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Miri telah menahan dua lelaki di lokasi berasingan sekitar Miri untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

Suspek-suspek berusia 26 dan 27 tahun itu telah dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. ā€” DayakDaily