Dua pembonceng motosikal nyaris maut dalam kemalangan

Anggota APM dan orang awam membantu mangsa kemalangan.
Advertisement

Oleh Dean Adam

SIBU, Ogos 12: Dua pembonceng motosikal nyaris maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di Jalan Lanang berhampiran SMK Lanang di sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 11.45 pagi itu, seorang mangsa putus kedua ibu jari kakinya, manakala seorang lagi mengalami kecederaan di kepala dan badannya.

Advertisement

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Bahagian Sibu berkata, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.48 pagi.

Katanya, sepasukan anggota APM kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, anggota APM mendapati kemalangan itu melibatkan dua motosikal yang dibonceng oleh seorang lelaki dan wanita.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu berusia 27 dan 39 tahun,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

“Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 1.00 petang,” katanya. — DayakDaily

Advertisement