Bacaan IPU paras bahaya di kawasan SK Kuala Baram II

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran terbuka.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Ogos 12: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan pada jam 3.00 petang hari ini menunjukkan satu kawasan merekodkan bacaan pada paras bahaya iaitu 342 di SK Kuala Baram II di Miri.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan media memberitahu, manakala satu lagi kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sangat tidak sihat iaitu di Stesen ILP Miri dengan iaitu dengan bacaan 297.


Kata JAS, dua stesen pula mencatatkan status kualiti udara pada tahap tidak sihat dari stesen Sibu dan Sri Aman.

Bacaan IPU yang direkodkan

“Manakala baki 9 stesen lagi menunjukkan bacaan pada tahap sederhana,” kata JAS dalam satu kenyataan media hari ini.

Manakala berdasarkan laporan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura pada 11 Ogos 2019, imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA)-19, mengesan 56 titik panas di Kalimantan, 2 titik panas dikesan di Sumatera, Indonesia dan 4 titik panas dikesan iaitu 2 di Miri dan 1 di Sibu serta Kapit.

Dalam hal ini pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah mengeluarkan notis pemberitahuan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk melakukan pembenihan awan di kawasan Miri, Kuala Baram, Sibu dan Sri Aman.

Sehubungan itu, orang ramai juga adalah dinasihatkan untuk tidak melakukan apa-apa aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan lagi kualiti udara dan menyebabkan jerebu bertambah buruk.

Selain itu bagi kawasan yang terjejas teruk, topeng muka hendaklah dipakai bagi mengelakkan kesihatan dan pernafasan mereka dari terjejas. — DayakDaily