Dua lelaki ditangkap kerana dadah di Kg Peninjau, Bau

Dau suspek tersebuh.

Juetila Ozzy
BAU, 12 Mei: Dua lelaki ditangkap kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgunaan dadah di Kampung Peninjau, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata kedua-dua suspek ditangkap di dua lokasi berbeza iaitu sekitar jam 11 pagi.
Poge memberitahu, tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki berusia 31 tahun dibuat di hadapan sebuah rumah tidak bernombor.
“Pasukan operasi terserempak dengan suspek yang kelihatan mencurigakan serta cuba mengelak daripada diperiksa.
“Hasil pemeriksaan ke atas suspek telah menjumpai satu peket lutsinar berisi dadah jenis syabu seberat kira-kira 0.33 gram di dalam beg yang dibawa olehnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Manakala seorang lagi suspek berusia 30 tahun ditangkap juga di kampung tersebut iaitu selang beberapa minit kemudian.
“Semasa ditahan, pasukan operasi memeriksa beg sandang yang dibawa suspek dan hasil pemeriksaan menjumpai satu peket berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu kira-kira 0.31 gram,” katanya.
Kedua-dua suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk tindakan selanjutnya.
“Hasil saringan air kencing juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.
Susulan itu, kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun dan denda sehingga RM100,000. — DayakDaily