Dua lelaki ditangkap berkaitan rompakan di Batu Niah

Arrest - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

MIRI, 21 Ogos: Dua lelaki tempatan berjaya diberkas polis pada Khamis, manakala seorang lagi suspek wargarnegara Indonesia sedang diburu selepas mereka disyaki terlibat dalam kejadian rompakan di dalam sebuah kedai runcit di Pekan Batu Niah.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seaha berkata, kedua-dua suspek berusia 29 dan 32 tahun itu ditahan beberapa jam selepas kejadian pada petang Rabu.

“Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 2.25 petang itu, mangsa, seorang lelaki berusia 24 tahun sedang duduk bersama rakannya di belakang kedai runcit tersebut sambil minum sebelum ketiga-tiga suspek datang dengan menaiki dua buah motorsikal menghampiri mangsa dan terus menumbuknya,” ujar Lim.


Beliau menambah, suspek telah mengeledah poket seluar mangsa dan merampas wang sejumlah RM480.

“Mangsa telah ditumbuk di bahagian muka sebelah kanan dan bahagian belakang kepala dan selepas berjaya mendapatkan wang tersebut, suspek telah melarikan diri dengan menaiki motorsikal jenis RX-Z (merah) dan jenis Honda Wave (merah),” katanya.

Usaha menjejaki suspek warga Indonesia tersebut masih diteruskan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Kesesaksaan kerana merompak.-DayakDaily