Dua lelaki dicekup polis kerana disyaki mencuri buah kelapa sawit dari sebuah ladang di Senadin

Suspek ditahan di lokasi sebuah ladang sawit di Senadin Jalan Kuala Baram.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 25 Feb: Tindakan dua lelaki disyaki mencuri beberapa buah kelapa sawit dari sebuah kebun di Senadin, Jalan Kuala Baram pagi tadi membawa padah, apabila mereka ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Tangkapan dilakukan anggota Unit Kenderaan Kereta Peronda (MPV) IPD Miri sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kehadiran dua suspek terbabit dalam keadaan mencurigakan.


Semasa tangkapan, polis turut merampas kereta pacuan empat roda dan sebuah motorsikal milik suspek.

Kedua dua suspek telah di bawa ke balai polis Pusat Miri bersama barang kes untuk tindakan selanjutnya. — DayakDaily