Dua kanak-kanak, wanita cedera selepas kenderaan dirempuh lori

Kenderaan mangsa remuk teruk dalam kejadian tersebut yang berlaku lewat petang tadi.

MIRI, 18 Sept: Dua kanak-kanak dan seorang wanita dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian badan, selepas kereta dinaiki dirempuh sebuah lori 10 tan di Jalan Bypass Permyjaya, lewat petang Sabtu (17 Sept).

Kejadian berlaku berhampiran Institut Kemahiran Belia Negera (IKBN)Miri.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia cawangan Miri ,Kapten (PA) Usman Harto, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Miri untum rawatan lanjut.


Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 6.18 petang.

“Mangsa ,seorang wanita berusia 34 tahun terbaring di tepi jalan bersama dua kanak-kanak (perempuan berusia 12 dan kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun),” ujarnya. — DayakDaily