Dua beranak ditahan selepas disyaki tumbuk jiran sebelah rumah di Kg Pengkalan Lutong

Kedua-dua suspek (tengah) dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Oleh Brad Rantay

MIRI, 13 April: Dua beranak yang disyaki meluru masuk rumah jiran sebelum menumbuk mangsa pada petang Isnin (11 April) ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan pehanya akibat dipercayai dipukul kedua-dua mangsa.


Kedua-dua suspek berusia 62 dan 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri pada jam 9 malam hari yang sama sebaik sahaja pihak polis dimaklumkan kejadian.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Kedua-dua suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Mohd Sabri Zainol, kertas siasatan di bawah Seksyen 323 dan 447 Kanun Keseksaan telah dibuka. — DayakDaily