Dua banduan lolos berjaya ditangkap semula, manakala dua lagi masih diburu

Royal Malaysia Police logo

KUCHING,2 Julai: Dua daripada empat banduan lolos dari Penjara Puncak Borneo berjaya ditangkap semula setakat jam 11 malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata kedua-dua banduan terbabit berjaya ditangkap oleh pihak Penjara dan usaha menjejaki dua lagi banduan yang masih bebas sedang giat dijalankan.

Jelas beliau, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dan Tiger Platoon Pasukan Gerakan Am (PGA) telah digerakkan untuk membantu pihak Penjara.


Operasi mencari dua lagi banduan dilakukan di kawasan hutan berhampiran dengan penjara tersebut di Jalan Puncak Borneo.

Sementara Op Tutup juga dilancarkan di semua Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah yang sedia ada. — DayakDaily